Tuesday 6 August 2013

Cikgu

Buat cikgu Faridah Abu Hassan (kini Dr. Faridah Abu Hassan)

Cikgu...
ketika aku masih remaja yang perlukan bimbinganmu
tunjuk ajar mu membuat aku jadi dewasa
nasihatmu menjadikan aku orang berguna
ingatanmu menjadi panduan hidupku

Cikgu...
tika lama terpaksa berhijrah ke luar negara
bersama keluarga mengikuti suami tercinta
aku yang dahagakan tunjuk ajar
masih terus menerima bimbingan dan nasihatmu
melalui surat dan aerogram yang masih tersimpan rapi

Waktu berlalu
kita pun terpisah jauh
seolah tidak lagi dapat bertemu
namun cikgu tetap jadi sumber inspirasi
perjalanan hidup ku teruskan jua

Cikgu
tiga puluh tahun mencarimu
kini kita jadi rakan di facebook
saya sudah nak bermenantu
cikgu pula mungkin sudah bercucu


Taman Permata, Ulu Klang
6 Ogos 2013
11.33pm

No comments:

Post a Comment